Selasa, 24 Ogos 2010

Sambutan Hari Merdeka ke-53 SK Batu Ferringhi


Satu Malaysia menjana transformasi.

Itulah moto atau tema hari merdeka ke-53 tahun ini. Sempena menyambut hari bersejarah ini, SK Batu Ferringhi akan mengadakan program hari merdeka pada 30 Ogos 2010.

Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut ialah pengenalan mengenai hari merdeka dan nyanyian lagu-lagu patriotik semasa perhimpunan. selepas itu, pertandingan mewarna untuk pra sekolah dan tahun satu, dua dan tiga akan diadakan. ini diikuti dengan kuiz kemerdekaan untuk tahun empat, lima dan enam.

Selepas waktu rehat, pertandingan melukis poster bagi tahun empat, lima dan enam akan berlangsung bersama-sama dengan kuiz kemerdekaan tahun satu, dua dan tiga.

Pada waktu tengah hari pula, akan berlangsungnya majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup.

Diharap seluruh warga SK Batu Ferringhi akan bergembira dengan program hari merdeka yang ke-53.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan