Rabu, 11 Mac 2009

INFO AKTIVITI SKBF

Mari kita bersama-sama selawat ke atas rasul junjungan umat Islam....

"Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi (SKBF) akan menyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul1430 Hijrah/2009. Di mana SKBF akan berarak sambil berselawat bermula di Masjid Batu Ferringhi dan tamat di sekolah."
" Sambutan ini pada Jumaat, 16 Mac 2009. Pada jam 7.45 pagi.

Khamis, 19 Februari 2009

Ucapan

Selamat Hari Lahir ...
Di tuju khas :
1. Cikgu Suhaila Bt Rahmat (21.03...)
2. Cikgu Norul Huda Yunus (26.03...)
3. Ustazah Maizaazira Seman (26.03...)

Ucapan : 'Doakan panjang umur dari kami warga SKBF kepada guru-guru di atas.'

Isnin, 16 Februari 2009

KOKORIKULUM SKBF

PERTANDINGAN BOLA JARING
Don't give up pasukan bola jaring SK Batu Ferringhi. Tahun depan kita berusaha lagi...
Walaupun gagal peringkat negeri 2009 tapi TAHNIAH kerana menjadi juara zon kelawai.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
* Latihan telah bermula pada 13/1/2009 seawal 3.00 petang hingga 7.00 petang.
* Menjadi johan bagi Zon Kelawai
* Jurulatih-jurulatih sekolah yang terlibat adalah :-
1. Cikgu Suhaini Binti Ishak
2. Ustazah Sharifah Nurashikin
KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP PERINGKAT NEGERI 2009

KEPUTUSAN PERINGKAT ZON KELAWAI


PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW
SYABAS.. kerana pasukan sepak takraw berjaya mewakili Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Peringkat Negeri 2009 walaupun gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Terima kasih kepada pengurus pasukan, jurulatih pasukan dan semua yang terlibat dengan usaha, masa dan tumpuan yang di berikan untuk melatih dan membina semangat pemain-pemain. Tidak ketinggalan kepada para pemain SKBF bermain dengan penuh semangat kesukanan hingga saat-saat yang terakhir...
* Pengurus Pasukan :-
1.En Zuraidi Bin Abdullah
* Jurulatih sekolah yang terlibat adalah :-
1.Ustaz Mohd Rodzi Bin Mahmud
KEPUTUSAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSPP PERINGKAT NEGERI 2009

KEPUTUSAN PERINGKAT ZON KELAWAI

Enrolmen 2009

Khamis, 12 Februari 2009

Sejarah Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi

* Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi mula diasaskan semasa pemerintahan British pada tahun 1909. Hanya bangunan 1 tingkat ketiadaan pelajar perempuan dan kemudahan asas.
* 1920 didirikan satu bangunan satu tingkat dan kali pertama SKBF menerima pelajar perempuan.
* Pada tahun 1952, sebuah bangunan empat buah kelas, 1 setor dan 2 tandas.
* Sebuah bangunan baru untuk pejabat didirikan pada tahun 1962 dan pada tahun 1963, bangunan yang dijadikan kantin didirikan selaras dengan pertambahan murid sekolah ini.